Gelarkan diri dengan gelaran chef, Cik Epal pertikaikan gelaran chef bekas suami

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Cik Epal jadi perhatian apabila meluahkan rasa setuju terhadap hantaran yang dimuat naik seorang individu berkaitan bekas suaminya, Jofliam di aplikasi Threads. Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan memuat naik tangkap layar Instagram Story (IGs) Jofliam yang memaparkan doh pizza yang dibuatnya sambil menggelarkan dirinya sebagai seorang chef.

Individu tersebut turut memuat naik video perkongsian dibuat Chef Dave mengenai liku-liku perjalanan sebelum dirinya ditabalkan sebagai seorang chef yang bertauliah. Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud yang bersetuju dengan individu tersebut. Ujar Cik Epal, bekas suaminya itu tidak layak dan tidak boleh sesuka hati untuk menggelarkan dirinya sebagai seorang chef.

“Tak boleh suka hati ja nak guna (gelaran) chef itu. Kau tak boleh memandai gelar kan diri kau chef. Kau tak pernah layak, sedar diri sikit.” Terdahulu, kecoh di media sosial apabila segelintir tetamu yang hadir ke rumah terbuka dan majlis meraikan perkahwinan Jofliam dan isteri, Dewi meluahkan rasa kecewa dengan pizza wagyu yang dihidangkan. Dakwa mereka, pizza yang dihidangkan tidak sama seperti yang dijual oleh usahawan tersebut.

Malah, ada yang mendakwa hidangan itu dalam keadaan agak hangus apabila bahagian atas pizza sudah kelihatan warna hitam. Sebelum ini, Jofliam memberitahu bakal mengagihkan pizza wagyu secara percuma bagi 300 terawal sebagai cara meraikan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version