Isu simbah asid belum selesai, Kali ni Faisal Halim kongsikan keadaan hidung pula patah

Advertisements
Advertisements

Belum reda insiden disimbah asid tahun lalu, pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim sekali lagi diuji apabila mengalami kecederaan patah hidung dalam aksi Liga Super 2024 menentang PDRM FC malam tadi. Menerusi perkongsian Faisal di Insta Story, dia telah memuat naik tangkapan layar imej sinar-X dan luka di bahagian hidungnya selepas terkena siku kapten pasukan lawan, Faith Friday Obilor pada minit ke-54 perlawanan.

Meskipun cedera, Faisal tetap menunjukkan semangat juang tinggi apabila membantu pasukannya meraih kemenangan 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kejadian ini menambah satu lagi senarai kecederaan serius yang dialami pemain kebangsaan itu selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lalu yang menyebabkan dia mengalami melecur tahap empat dan terpaksa berehat panjang.

Susulan daripada itu, ramai yang dapat melihat betapa Faisal terus membuktikan bahawa walaupun berulang kali diuji dengan kecederaan, semangat juangnya di atas padang tidak pernah luntur. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version