Bergambar dengan bekas isteri masa hari raya aidilfitri, ini pula respon dari isteri Andika Putera

Advertisements
Advertisements

Isteri Andika Putera iaitu Dr Amalina tampil bersuara berhubung suaminya bergambar dengan bekas isteri, Ananda Natasha sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini. Dr Amalina berkata dia perlu bersikap matang dalam hal tersebut kerana mahu anak tirinya dibesarkan dalam suasana yang sihat tanpa perlu membenci mana-mana pihak. Klik sini untuk lihat video.

“Kita kena matanglah, sebab kita buat semua ni pun untuk Alisha juga. Sayang nak Alisha grow up in a household yang healthy. Maksudnya bukan nak ajar untuk benci siapa-siapalah. So everyone ada role masing-masing and we have to play that role well lah. Jadi Alisha pun rasa macam tak ada rasa ralat nanti bila dia besar,” ujarnya dalam sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Andika di laman TikTok.

Akui kagum serta terkejut dengan luahan isterinya itu, Andika menzahirkan rasa penghargaan dan berterima kasih kepada Dr Amalina kerana memiliki sikap profesional yang mengutamakan hubungan Alisha bersama ibu kandung. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemikiran Dr Amalina yang matang dalam membentuk persekitaran yang positif buat anak tirinya tanpa mementingkan diri sendiri.

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Andika dan isteri kekal bahagia hingga ke jannah dan mengendahkan komen-komen negatif daripada warganet yang hanya mengeruhkan keadaan. Sekadar info, Andika pernah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh media sosial, Ananda Natasha namun, mereka membuat keputusan untuk berpisah selepas empat tahun berkahwin. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Alisha Puteri. Andika kemudiannya bernikah dengan Dr Amalina pada 15 Januari lalu dan sehingga kini, dia merahsiakan wajah isterinya daripada umum.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version