Beri bayangan macam nak berpisah, isteri Azlan Komeng muat naik gambar di mahkamah syariah

Advertisements
Advertisements

Perkongsian video di TikTok isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz yang berada di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Bangi pada Rabu mengundang pelbagai reaksi warganet. Menerusi perkongsian itu, Nilam yang memakai jubah dan tudung serba hitam seakan-akan memberi bayangan dia memilih untuk berpisah dan hanya mahu menjaga hatinya sendiri.

“Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati, kita akan menjadi orang asing kembali di mana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya. Selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama ‘KITA’,” kongsinya. Rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang melihat perkongsian itu selain memberi kata-kata semangat kepada Nilam agar dia terus kuat berdepan dugaan.

“Dah banyak dia berkorban dah banyak dia bersabar akhirnya Nilam menyerah juga, buat apa bertahan kalau dalam hati Komeng ada yang ketiga. Moga bersabar hidup perlu diteruskan moga kuat Nilam.” “Kenapa nak berpisah juga. Bukan ke sebelum ni Nilam cakap boleh terima bermadu. Kesiannya sungguh Nilam ni baik sangat hati dia dengan suami. Klik sini untuk lihat video.

“Allah uji Nilam dalam rumah tangga tapi diganti Allah dengan bisnes yang makin maju. Bertabah dan sabar ya dik,” komen warganet. Bagaimanapun Azlan ketika dihubungi Gempak memberitahu dia memerlukan masa untuk mengeluarkan kenyataan mengenai perkongsian isterinya. “Bagi saya masa sikit,” kata Azlan secara ringkas kepada Gempak.

Usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Nilam bagaimanapun gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej. Sebelum ini, Nur Nilam Ortiz seakan-akan memberi bayangan suaminya itu bakal berkahwin satu lagi meraih perhatian warganet. Menerusi salah satu video, Nilam berkongsi situasi suaminya sedang bercakap dalam telefon dengan seseorang yang didakwa bakal madunya.

@puan_nilamortizAku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati,kita akan menjadi orang asing kembali di mana Hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau untuk menjaganya, selepas ini tiada lagi takdir kita yang bernama ‘KITA’. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version