Selepas kejadian melafazkan cerai melalui panggilan telefon, seorang individu dipercayai rakan kepada Shuk Sahar yang dikenali sebagai Adam Johari menitipkan kata-kata semangat kepada pelawak itu. Percaya setiap ujian ada hikmahnya, Adam memuji sikap pelawak berusia 39 tahun itu yang tidak pernah menyebarkan aib mana-mana pihak di media sosial. Malah, Adam turut menyelar tindakan isteri Shuk, Fara Salleh yang membuka pekung keluarga sehingga diketahui umum.
“Dalam hidup penuh cabaran, dugaan dan ujian. Kadang kala kita terlupa manusia diuji di tahap kemampuannya oleh Yang Maha Kuasa. Hati boleh berbolak-balik tapi maruah harus dipertahankan. Biar dia berkata macam-macam terhadap dirimu, membuka aib seorang suami, tidak perlu dibicarakan di media sosial. Penghinaan terhadap anak yang tidak berdosa, terlupa dia akan jadi ibu pada masa akan datang.” Adam berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story dan kemudian diulang siar atau ‘repost’ semula oleh Shuk.
Tambah Adam, Shuk harus kuat menghadapi dugaan yang melanda dan mengambil segala kecaman sebagai titik tolak untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan pada masa akan datang. “Shuk, aku ‘respect’ kau tak pernah sekali pun buka aib orang di media sosial. Ambil lah kecaman sebagai satu cara kita sama-sama perbaiki diri dan menjadi yang lebih baik.” Pada Isnin, Shuk telah melafazkan pisah terhadap Fara melalui panggilan telefon.
Fara bagaimanapun tidak mengetahui mengapa suaminya itu melafazkan cerai ketika berada di Thailand. Syukur tidak lagi hidup bersama Shuk, Fara berkata, dia mahu selesaikan kes perceraiannya di Malaysia dan minta didaftarkan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.