Warganet puji sikap Fazura sebab walaupun kaya tak pernah tayang kemewahan dalam media sosial

Advertisements
Advertisements

Gaya hidup pelakon, Nur Fazura yang disifatkan sebagai merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk telah meraih perhatian dan pujian wargamaya. Menerusi aplikasi Threads, individu yang menggunakan nama @meroti_jom, memuji keperibadian Fazura yang tidak pernah berkongsi kemewahan yang ada di media sosial. Individu tersebut turut memuji pelakon filem ‘J Revolusi’ itu yang jarang mencanang hal peribadinya kepada umum.

“Satu lagi yang aku nak puji Fazura. Pernah tak Fazura buat konten ‘tour’ rumah dia? Bentuk rumah dia mcam mana pun kita tak tahu. Pernah tak Fazura tunjuk tangan penuh dengan gelang emas? Pernah tak Fazura tunjuk berapa banyak kereta dia ada? Before dia cerai dan lepas dia cerai ada family dia menempel dekat wartawan? Ada nampak adik beradik dia menempel je kat dia?

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat individu berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji keperibadian Fazura yang dianggap sebagai ‘low profile’ meskipun memegang status sebagai artis yang berjaya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version