Muat naik gambar sambil pegang bunga, tapi Ruhainies punya kapsyen tu yang jadi perhatian ramai

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto menerima sejambak bunga. Menerusi hantaran yang dikongsikan semula oleh peminat di TikTok, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memaklumkan bahawa dia sering menerima kejutan bunga daripada pengirim misteri. Namun lebih menjadi tumpuan bukan sekadar bunga, tetapi kapsyen bersahaja yang ditulis pelakon Hello, Tak Siah! itu.

“Siapa ni asyik hantar bunga je, bila nak hantar rombongan?” Kapsyen itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut dan peminat yang mula membuat spekulasi tentang status hubungan pelakon itu. Ada yang menganggap ia hanyalah gurauan, namun tidak kurang juga yang percaya Ruhainies mungkin sedang menjalin hubungan istimewa secara tertutup.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version