Langsung tak fikir pasal raya, Sharnaaz Ahmad dedah tahun ni raya paling tawar dalam hidup

Advertisements
Advertisements

SAMBUTAN Aidilfitri kali ini pastinya berbeza buat pelakon Sharnaaz Ahmad kerana dia meraikan tanpa bapa tercinta di sisi. 1 Syawal diraikan dalam suasana suram, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 40, berkata hari tersebut dirasakan terlalu panjang buat dirinya. “Saya langsung tak fikir soal raya. Raya paling tawar dalam hidup. Rasanya nak habis raya secepat mungkin tetapi terasa lambat sangat dalam sehari itu. Selepas raya pertama saya lega,” katanya. 

Sharnaaz ditemui ketika majlis tayangan filem lakonannya berjudul Blood Brother: Bara Naga yang berlangsung di Putrajaya pada malam Isnin.  Untuk rekod, bapa Sharnaaz iaitu Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad meninggal dunia pada 27 November tahun lalu.  Berkongsi rasa kehilangan insan tersayang, Sharnaaz berkata dia tidak mahu lagi menitiskan air mata meratapi pemergian bapanya itu. 

“Rasa itu bagaikan dah beku. Kali terakhir saya menangis adalah selepas 40 hari pemergian arwah. Ia bagaikan ada satu suis yang  saya tidak boleh kawal sedangkan tidak fikirkan tentang hal itu,” ujarnya. Malah semasa tayangan filem berkenaan, Sharnaaz juga hadir dengan memakai jam tangan milik arwah yang disimpan sejak kali terakhir bapanya dimasukkan ke hospital. 

Sementara itu bercakap mengenai filem Blood Brother: Bara Naga, pelakon ini menyifatakan watak Ghaz yang dibawakan seperti mimpi jadi nyata. Meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk kecederaan ketika penggambaran, namun baginya itu bukan penghalang untuk dia memberikan lakonan terbaik. “Kalau saya terlibat dengan penggambaran saya akan habiskan. Walaupun cedera saya tetap akan selesaikan. Gembira bila melihat ia berjaya dihasilkan. 

Setiap hari saya ‘bergaduh’ dengan pengarah. Dia mahukan kesempurnaan dan begitu juga saya. Sebagai pelakon saya perlu persoalkan kenapa untuk hidupkan karakter ini. Saya mahu sempurna dari pemahaman sendiri,” jelasnya. Filem berkenaan merupakan arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Selain Sharnaaz, pelakon lain yang turut terlibat adalah Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifli, Andy Teh, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham. Ia bakal ditayangkan bermula 10 April. 

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version