Luah rasa syukur, Afifah Nasir kongsikan kini sedang hamil cahaya mata yang pertama

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Afifah Nasir mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Afifah berkongsi foto imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya. Lebih manis lagi apabila hantaran yang disertakan dengan video pendek itu merakamkan momen sweet Afifah memeluk suami sambil memegang foto tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“Setahun berlalu, hanya kami yang menulis kisah cinta kami, satu halaman pada satu masa. Kini, babak baru bermula, dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diri saya. Our little miracle, made with love,” tulisnya. Dalam pada itu, di ruangan komen di IG adik kepada aktres Anzalna Nasir ini juga turut dihujani dengan ucapan positif.

Rata-rata warganet turut mendoakan agar Afifah diberikan kesihatan yang baik sehingga tiba hari menyambut kehadiran cahaya mata sulungnya. Untuk info, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version