Tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang, Aliff Syukri terkilan sebab bakal disaman gara gara reka bentuk beg

Advertisements
Advertisements

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri terkilan dengan sikap individu yang berniat untuk menyamannya kerana mengeluarkan reka bentuk beg sama seperti pernah viral sebelum ini. Menerusi potongan klip daripada live di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata sebagai peniaga mereka tidak boleh cemburu dengan rezeki yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Jelas Aliff, walaupun banyak reka bentuk yang sama dikeluarkan, peniaga tersebut perlu percaya dengan kredibiliti jenama mereka. Klik sini untuk lihat video.

“Tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang. Apabila awak menyekat rezeki orang dengan saman, tak baik lah. Bagi saya kalau berniaga kena percaya dengan kredibiliti awak dan target market. Asalkan orang tersebut tak ambil jenama awak dan tiru reka bentuk saya rasa okay. Saya terkilan kenapa nak saman.”

Mengulas lebih lanjut, suami kepada Datin Seri Shahida itu berkata dia menjual beg tersebut dengan harga mampu milik dengan niat mahu membantu mereka yang kurang berkemampuan. Katanya, dia hanya mahu berniaga dan tidak mempunyai niat mahu bersaing dengan peniaga yang lain. “Saya hormat dengan semua peniaga, tidak kisah peniaga kecil atau besar.

Saya punya niat apabila berniaga bukan nak berlawan dengan orang tetapi berniaga nak bantu orang yang mungkin nak beli yang mahal tapi tak mampu. Saya boleh bagi harga mampu milik sebab sekali reka bentuk beg saya keluar dengan kuantiti sekitar 20 juta.” Terdahulu, tular di media sosial apabila reka bentuk beg yang dikeluarkan Aliff sama seperti beg viral sebelum ini.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version