Dalam hati tetap ada rasa takut, Amyra Rosli redha lepaskan Amar Baharin sertai misi berbasikal Kembara Makkah

Advertisements
Advertisements

Pelakon cantik, Amyra Rosli mengakui hatinya sering dilanda resah memikirkan keselamatan suaminya, Amar Baharin, yang kini menyertai misi berbasikal Kembara Makkah bersama pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin. Biarpun reda dengan ketentuan Ilahi, Amyra atau nama lengkapnya, Nur Amira Izzati Rosli, 33, tidak menafikan terselit kebimbangan sekiranya takdir menentukan usia perkahwinan mereka tidak panjang.

“Saya reda dan ikhlas lepaskan Amar kerana ini jalan yang dia pilih demi misi yang baik. Tapi dalam hati tetap ada rasa takut, ‘kalau umur tak panjang, macam mana? Perasaan itu yang buat saya sebak dan kadang-kadang menangis. Saya cuma mampu berdoa dan berserah pada Allah,” katanya. Menurut Amyra, meskipun berat hati, dia tetap memberikan sokongan penuh kepada Amar demi menyempurnakan impian berbasikal ke Tanah Suci.

Katanya, aktor Setelah Terlafaznya Akad itu kini berada di Bangkok, Thailand, sebelum meneruskan perjalanan menggunakan penerbangan ke Iran atas faktor keselamatan. “India dan Pakistan tak dapat dilalui, jadi Amar terpaksa naik kapal terbang ke Iran. Saya risau juga bila fikirkan suasana di sana… jalan sempit, kenderaan laju, banyak kemungkinan. Tapi saya cuba kawal emosi. Tak nak terlalu fikir sebab bimbang beri tekanan kepada diri sendiri,” luah Amyra.

Tambah aktres drama rantaian Sekam Di Dada itu, walaupun hampir tiga bulan terpaksa berjauhan, kehadiran keluarga terutama ibu tercinta banyak memberi kekuatan buat dirinya terus tabah. “Saya selalu ingatkan diri, kalau Amar kuat, saya pun kena kuat. Ibu saya banyak bagi semangat, dia kata, ‘Amar pergi buat perkara baik, menuju ke Baitullah… jangan sedih.’ Jadi saya cuba kekal positif dan gembira supaya semangat itu sampai kepada Amar juga,” katanya lagi.

Amyra berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Muzik Video lagu berjudul Bulanku oleh Wanns Ahmad di ibu kota pada Khamis. Ibu anak dua ini turut bersyukur apabila berpeluang bertemu Amar seketika di Hatyai, Thailand baru-baru ini sebelum suaminya meneruskan kayuhan. “Rancangnya cuma nak jumpa sekejap sebab dia perlu teruskan perjalanan. Tapi Allah izinkan, kami sempat bermalam di Hatyai.

Saya pergi bersama anak-anak dan ibu bapa. Alhamdulillah, Amar nampak sihat dan ceria. Tak nampak langsung dia letih walaupun dah berkayuh jauh,” ujarnya. Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version