Bersalin secara Czer, Ayda Jebat tampil kongsikan tips pemakanan untuk wanita yang mengalami situasi sama

Advertisements
Advertisements

Mempunyai pengalaman melahirkan anak secara operasi atau ‘czer’, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi mengenai tips pemakanan untuk wanita yang mengalami situasi sama. Ayda, 33, berkata, doktor yang merawatnya ketika melahirkan anak pertama memaklumkan bahawa tiada pantang larang dalam makanan untuk wanita yang melalui proses itu. “Boleh saja makan apa-apa selagi tak gatal. Masa anak pertama, saya ada tanya doktor saya ‘ada makanan yang tak boleh dimakan ke? Klik sini untuk lihat video.

Dia cakap semua boleh makan, kalau orang cakap tak boleh makan ayam, tak boleh makan kicap, sebenarnya boleh saja makan. Bagus makan ayam, protein. Selagi tak gatal, boleh saja makan. Cuba dulu makan sikit-sikit.” Bagaimanapun, pelantun lagu Pencuri Hati itu memberitahu, doktor ada berpesan agar tidak mengambil pati ikan haruan memandangkan makanan itu kurang sesuai untuk jahitan dalam.

“Jangan makan pati ikan haruan saja. Yang itu dia tak bagi. Doktor saya memang tak bagi, kalau czer tak boleh makan pati ikan haruan. Ada yang kata pati ikan haruan itu kononnya cepat sembuhkan luka. Tapi belah dalam kan jahit, nanti boleh melekat-lekat, jadi tak cantik. Jadi, tak baik untuk wanita yang czer.” Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ana Nayla dan Aali Mateen.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version