Azlan Komeng hilang sabar dengan bakal isteri kedua, terkejut dia siap bagi amaran keras lagi

Advertisements
Advertisements

Setelah tular video balas membalas antara bakal madu dan usahawan Nur Nilam Ortiz di media sosial, akhirnya pelakon Azlan Komeng memilih untuk bersuara dan mempertahankan isterinya.  Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Azlan dilihat hilang sabar dengan tindakan bakal isterinya yang melanggar perjanjian untuk tidak melampaui batas. Tambah Azlan, dia enggan memberi muka setelah wanita berniqab yang dikenali sebagai Maizila itu difahamkan menyentuh isterinya, Nilam. Klik sini untuk lihat video.

“Aku dah dapat maklumat daripada pihak di sana. Yang sedar diri dia siapa, sedar lah. Aku tak mahu di tahap sampai sakitkan hati sesiapa atau menyusahkan orang lain. Perkara yang tak patut jadi isu, dah jadi isu. Yang dah bincang dengan baik pun jadi hal. Jadi, tiada guna untuk berbincang.” Dalam pada itu, Azlan sempat meninggalkan peringatan yang didakwa dituju kepada bakal isterinya, Maizila Aini.

“Kau dah langgar sempadan yang aku bagi. Aku dah kata, jangan kau sentuh Nilam. Jangan buat perkara yang meresahkan Nilam, kalau kau betul ikhlas nak ada dengan kami.” Tegas Azlan, dia bakal menceritakan hal yang sebenar apabila sudah tiba waktunya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version