Bella Dally kongsi khabar gembira, bakal berangkat ke Tanah Suci dengan suami bagi menunaikan ibada Haji

Advertisements
Advertisements

Pelakon jelita, Bella Dally berkongsi khabar gembira memaklumkan dirinya bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama suami tercinta bagi menunaikan ibadah haji tahun ini. Menerusi muat naik di Instagram Story (IGs) miliknya, Bella atau nama lengkapnya, Nabilah Ali Dally, 34, mengadakan majlis kenduri doa selamat dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Dalam muat naik tersebut, Bella mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir, selain mendoakan terbaik untuk perjalanannya menunaikan ibadah haji. “Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat kami sebelum berangkat menunaikan haji. Kami sangat tersentuh dengan doa yang baik dan pemberian ikhlas daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa syukur dan kebahagiaan,” katanya.

Dalam pada itu, Bella turut memohon ampun dan maaf daripada semua atas sebarang kekhilafan yang pernah dilakukan, sama ada secara sengaja atau tidak. “Menjelang detik keberangkatan kami, saya dan suami dengan rendah hati ingin memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap yang pernah kami lakukan, sama ada disedari ataupun tidak. Doakan agar urusan kami dipermudahkan dan ibadah ini diterima oleh-Nya,” katanya lagi.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version