Lama mendiamkan diri, bekas isteri Edika Yusof dkwa jadi mngsa keganasan rumahtangga sejak awal kahwin

Advertisements
Advertisements

LAMA mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan balas, bekas isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri tampil mendedahkan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya.  Hidayah, 47, mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak awal perkahwinan bersama Edika.  “Ya, memang ada (keganasan rumah tangga). Keganasan itu berlaku dari sebelum saya sakit lagi. Sudah lebih 20 tahun.

Edika boleh menafikan apa yang dia nak, dia boleh cakap apa yang dia mahu tapi apa yang saya kemukakan dalam mahkamah bukti yang kukuh.  Saya ada gambar, video dan audio,” katanya. Hidayah memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas pasangan tersebut sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Sebelum ini terdapat dakwaan yang mengatakan antara punca Hidayah memfailkan cerai terhadap Edika adalah disebabkan isu keganasan rumah tangga. Dalam pada itu, Hidayah turut menafikan hubungannya dengan anak iaitu Fereena Nurulhaq dingin disebabkan kemelut rumah tangganya dengan suami. Kata Hidayah, anaknya itu juga menjadi saksi kejadian yang berlaku dalam rumah tangganya malahan pernah menghubungi pihak polis untuk datang bagi meredakan keadaan. 

“Anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya tapi tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi. Anak perempuan itu sendiri yang berpihak pada saya. Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan akan cari abang sulung dan kalau abang dia tak dapat datang, dia diam-diam akan hubungi pihak polis. 

Banyak kali dah pihak polis datang rumah. Malah dia juga mempunyai bukti seperti video insiden yang berlaku. Kalau pergi ke Balai Polis Kepong, tanya la mereka dah berapa banyak kali polis datang ke rumah,” katanya. Pada Isnin, Edika sah melafazkan cerai talak satu terhadap Hidayah di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh tepat pukul 10.42 pagi. 

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version