Berat hilang 35kg dalam masa setahun, Enot kongsikan rahsia kurus tanpa potong usus

Advertisements
Advertisements

Penampilan terbaharu pelakon dan pelawak, Enot menjadi perhatian ramai apabila dia kelihatan jauh lebih langsing berbanding sebelum ini. Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 46, dilihat sedang mengikuti trend menari TikTok, namun apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah perubahan ketara fizikalnya yang kini tampil lebih ramping dan sihat. Klik sini untuk lihat video.

Dalam ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan tertanya-tanya apakah rahsia Enot dalam menurunkan berat badan secara drastik. Menjawab pertanyaan itu, Enot memberitahu dia hanya mengamalkan diet selama setahun selain mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. Sementara itu, Enot turut mendedahkan dia tidak menjalani sebarang pembedahan atau prosedur potong usus seperti yang didakwa segelintir pihak.

Tambahnya lagi, pembedahan potong usus bukanlah satu pilihan kerana dia merupakan bekas pesakit kanser dan perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti. “Tak boleh potong usus sebab bekas pesakit kanser.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji transformasi Enot malah turut menjadikan pelakon itu sebagai inspirasi kepada mereka untuk turut mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu mengambil jalan pintas.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version