Pelakon, Farid Kamil mengakui tidak pernah menutup pintu hati untuk insan bergelar wanita. Bagaimanapun kata Farid, dia lebih selesa memberikan tumpuan terhadap kerjaya seni selain menyerahkan urusan jodoh kepada ketentuan Ilahi. “Saya rasa bersyukur dengan kehidupan saya sekarang dan untuk kata saya membuka hati kepada sesiapa itu, hati saya tak pernah tertutup.
Tetapi hati saya lebih menjurus kepada melebihkan dalam melakukan kerja-kerja ibadah untuk diri saya sendiri. Sebab jodoh, pertemuan, ajal, maut semua ditangan Tuhan. Saya tidak tergopoh gapah untuk ke arah itu. Saya berserah kepada Allah untuk menentukan kemana hala tuju saya selepas ini di dalam memenuhkan hati dan perasaan saya,” ujarnya.
Farid berkata demikian ketika ditemui pada majlis D’ Ayu Gathering bertempat di The Confetti Kuala Lumpur pada Khamis. Ditanya ciri-ciri wanita yang bagaimana menjadi pilihannya, Farid berkata dia mahukani wanita yang boleh memahami dan menerima dia seadanya. Selain boleh bertindak sebagai pemangkin semangatnya. Malah Farid juga tidak kisah sama ada wanita itu bergelar artis ataupun tidak.
“Apa yang penting dia perlulah seorang yang boleh memahami saya dengan seadanya. Artis ataupun tidak, saya tak serahkan kepada jodoh. Kalau boleh wanita itu biarlah boleh menjadi menjadi pemangkin semangat untuk saya,” ujarnya. Mengulas mengenai kehidupannya, teraju utama filem Telaga Suriram itu berkata dia seronok dengan kehidupannya dan merasa diberkati.
“Alhamdulillah kehidupan saya cantik dan saya rasa sangat bersyukur dengan kehidupan saya kini. Sekarang ini lebih banyak masa untuk diri saya, lebih banyak masa untuk saya fokuskan apa yang penting dalam hidup saya, selain daripada itu saya bersyukur. Saya belum pergi travel mana mana lagi sebab kita dalam rangka mempromosikan filem back to back, itu adalah keutamaan saya sekarang, mencari nafkah untuk anak-anak,” kongsinya.
Terdahulu, Farid sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacukan Diana Danielle, 33, pada 3 November 2012. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10. Mereka bagaimanapun berpisah buah kali pertama melalui Google Meet pada 10 Ogos 2023 tetapi kembali rujuk ketika dalam iddah.
Bagaimanapun Diana kembali memfailkan perpisahan kerana tidak mampu lagi memulihkan kembali hubungan rumah tangga itu dan bercerai buat kali kedua Mac lalu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.