Tindakan usahawan Afza Liza Hazizan yang menghadiahkan barangan mewah untuk guru anak-anaknya telah menyorot perhatian warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Afza sedang menyusun beg hadiah yang berisi barang kemas Habib Jewels serta tudung daripada jenama Bawal Exclusive. Klik sini untuk lihat video.
“Bila anak-anak beritahu hari guru nak bagi hadiah apa, jadi saya sediakan ini untuk mereka. Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru.” Menjengah ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi selepas melihat hadiah mewah yang diberikan antaranya, mereka menyifatkan Afza sebagai seorang individu yang tidak kedekut untuk berkongsi rezeki.
“Bagus awak, wakilkan ibu bapa yang tidak mampu. Saya suka tengok, tak lokek bagi hadiah untuk guru mereka. Ini sangat memberi inspirasi, berkongsi rezeki dengan guru-guru hasil penat lelah berniaga selama ini. Kalau saya kaya, saya akan buat benda yang sama.” Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan perkongsian tersebut dan mendakwa ia boleh mengguris perasaan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
“Mungkin niatnya baik, tapi tanpa sedar cara penyampaian awak ini boleh buatkan ramai ibu bapa yang tak mampu terasa. Tak semua beruntung macam ini, kesian ibu bapa yang tak dapat tunaikan permintaan anak untuk bagi pada cikgu. Saya harap cikgu-cikgu tak pilih kasih dengan anak-anak yang berstatus biasa sahaja.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.