Bekas isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, berkongsi pendekatan yang diambil untuk meneruskan kehidupan. Menerusi hantaran di TikTok produk makanan tambahan iaitu Nuefera, Ira mengakui bukan mudah untuk bangkit semula selepas melalui fasa kehidupan yang sukar. Bagaimanapun, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin memulakan langkah baru dengan kepercayaan penuh pada diri sendiri. Klik sini untuk lihat video.
“Apa yang saya lalui sebelum ini banyak memberikan pengajaran. Sekarang saya nampak macam-macam perkara saya boleh lakukan. Bukan mudah untuk saya ‘move on’ dan pandang kehadapan, ia mengambil masa untuk membentuk keyakinan diri. Orang lain tak boleh tolong, jadi saya paksa diri untuk keluar dari kepompong negatif. Itulah caranya dengan memaksa diri sendiri.”
Dalam masa yang sama, sokongan daripada orang sekeliling juga sedikit sebanyak membantu Ira untuk kekal positif. “Orang di sekeliling saya pun memainkan peranan juga, mereka bagi kata-kata semangat dan doa-doa yang sangat baik.” Sementara itu, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi tersebut juga mengambil keputusan untuk tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kemurungan malah, dia mencuba untuk mencari potensi diri.
“Sebenarnya ia juga bergantung kepada diri sendiri. Kalau kita memilih untuk bersedih atau kemurungan terlalu lama, maka kita akan sentiasa di situ. Tetapi saya cari jalan kebahagiaan dan tak mahu sedih serta murung dalam masa yang lama. Dari dalaman juga, saya tanam niat untuk teruskan hidup dan nak tengok perkara-perkara baru.”
Terdahulu, Ira menjadi antara topik hangat selepas mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Namun, pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri. Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan berpisah oleh mahkamah pada hari yang sama.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.