Pelakon dan hos, Janna Nick tampil menjelaskan isu yang hangat diperkatakan di media sosial mengenai sesi temu bualnya bersama pelakon Fattah Amin sehingga Janna disifatkan tidak menghormati kaum wanita. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Janna atau nama lengkap Nurul Jannah Muner, 30, memaklumkan bahawa dia tidak berniat untuk menggelar Fazura seorang wanita tidak waras. Klik sini untuk lihat video.
Ujarnya, soalan yang diajukan merujuk kepada situasi umum yang dirasai kaum lelaki selepas berpisah atau bercerai dengan isteri mereka. “Isu ini tak sepatutnya dijadikan isu pun. Kalau awak tak suka seseorang, awak janganlah pilih kasih. Yang gla itu saya. Untuk yang tak faham dan cakap saya hina perempuan, saya ini datang dari broken family. Mak saya pun wanita yang dilepaskan. Jadi, saya sangat faham perasaan wanita yang sudah berpisah.
Soalan itu bukan untuk tujuan menghina sesiapa. Saya tanya sebab saya betul-betul ikhlas nak tahu bagi pihak lelaki yang telah bercerai. Sebab ada sesetengah lelaki yang lepas tangan bila sudah berpisah” Bagaimanapun, Janna mohon maaf jika soalannya menimbulkan rasa kurang senang pada mana-mana pihak.
Imbas kembali, Janna menerima kritikan daripada warganet apabila dikatakan soalan yang diaju kepada pelakon Fattah Amin kurang sesuai. Selain itu, Janna juga dikecam apabila memberi gelaran ‘perempuan gila’ pada bekas isteri Fattah Amin yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Fazura. Walau bagaimanapun, warganet tetap memuji respon Fattah yang kelihatan tenang untuk menjawab soalan tersebut.
Sumber: ohBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.