Sengaja nak jatuhkan perniagaan dia, ini respon dari Jofliam bila ada individu keracunan makan pizza

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Jofliam tampil memberi respon berkenaan dakwaan seorang individu berkenaan dengan pizza Wagyu yang dimasak olehnya lembik dan menyebabkan keracunan makanan. Jofliam menerusi hantaran di Insta Story miliknya berkata dakwaan tersebut seolah-olah sengaja mahu menimbulkan fitnah terhadap perniagaan miliknya.

“Dituduh tak bayar tax, dituduh menganiaya pekerja, dituduh bukan resipi sendiri, dituduh tak ada thypoid, dituduh tak ada sijil pengendalian makanan, dituduh tak ada permit jualan, dituduh beli title Chef.“ Semua cara kotor tak jalan. Sekarang cubaan baru. Kepada competitor saya, saya tak pernah marah gunakan saya untuk sales masing-masing.

“Saya tak pernah bising dan pertikai sebab rezeki Allah yang izinkan. Allah izin cara macam mana pun, still rezeki. Tapi cuba lah secara sihat,” responnya. Dalam satu hantaran lain, Jofliam berkata daripada sibuk berfikir tentang cara mahu menjatuhkan orang lain lebih baik rendahkan diri dengan menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan. “Dari cari cara kotor. Cuba fikir macam mana nak kalahkan dough saya.

Kalau tak boleh, cuba rendahkan ilmu belajar.“Dengan pengalaman saya, saya sudi je nak curahkan pengalaman saya. Saya boleh bantu ramai lagi anak muda ke peringkat antarabangsa. “Tapi malangnya, saya dianggap musuh dan nak dijatuhkan oleh market di tempat saya sendiri sedangkan saya tak pernah bercakap pasal perniagaan orang lain, kita jalan terus!” tegasnya. Terdahulu, seorang individu dikejarkan ke klinik selepas berdepan masalah kesihatan apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas didakwa menjamu pizza wagyu daripada usahawan popular.

Wanita tersebut mendakwa kejadian buruk yang berlaku itu terjadi selepas dia membeli pizza daripada usahawan terkenal itu. Wanita itu mendakwa, ketika mendapatkan rawatan, doktor mengesyaki ia kemungkinan terjadi disebabkan caranya mengendalikan makanan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version