Hantaran dimuat naik isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad telah menyorot perhatian warganet. Menerusi Instagram (IG), Watie memuat naik gambar ilustrasi memaparkan seorang bayi yang sedang dalam perjalanan ke syurga sambil melambai ibunya yang sedang menangis. Menerusi hantaran yang sama, Watie turut berkongsi kata-kata sedih mengenai kehilangan.
“Aku masih ingat hari itu, jam itu aku kehilangan seseorang yang amat aku sayangi, ‘Mulutku ikhlas tapi hatiku hancur’. Memang kehilangan itu tidak membnhku, tapi sesuatu dalam diriku mti ketika itu.” Lebih menjadi perhatian, Watie dilihat menggunakan patah hati di ruangan kapsyen.” Sementara itu, Shuib turut mencuri perhatian apabila memuat naik kata-kata semangat buat Watie. “Dear mommy, insya-Allah, sabar itu ada indahnya. Love you, mommy.
Hantaran pasangan suami isteri kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya berteka-teki dengan perkongsian tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wrganet mendoakan yang terbaik buat Watie dan Shuib. Malah, ada juga yang membuat andaian bahawa Watie memuat naik perkongsian itu kerana keguguran. Terdahulu, ramai warganet yang mendakwa Watie sedang hamil apabila tular beberapa foto yang menampakkan dirinya seperti berbadan dua.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.