Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania menyorot perhatian selepas mendakwa warganet mudah tertipu dengan lakonan kemesraan yang ditunjukkan suaminya, Aslam bersama madunya iaitu Umisya Mazlan. Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu meninggalkan komen di video Marissa dengan menyatakan Aslam tidak boleh hidup tanpa Umisya. Marissa kemudiannya memberi respons dengan mendakwa warganet senang terpedaya dengan lakonan mereka.
“Awak jangan tunjuk sangat senang digula-gulakan.” Pun begitu, Marissa telah memadam komentar tersebut selepas ia meraih perhatian ramai. Perkara itu turut mendapat perhatian Umisya apabila dia bertindak untuk ‘repost’ tangkap layar itu di TikTok miliknya. Menerusi tinjauan, Umisya juga dilihat memuat naik gambar bersama anak perempuannya selain meletakkan quote di pengakhiran gambar bersama kapsyen yang mempunyai maksud tersirat.
“Ada wanita yang sanggup memodifikasi tulang rusuknya sedemikian rupa, bertahan dari sekian benturan, hingga ia lupa dia seorang wanita.” Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan Marissa.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.