KEPUTUSAN penyanyi Mas Idayu berpisah dengan bekas suami iaitu Muhammad Sufian Che Isa bukan dibuat mengikut perasaan sebaliknya sudah difikirkan secara mendalam. Mas atau Mas Idayu Mesnun, 53, berkata, dua tahun dia cuba mempertahankan rumah tangga mereka namun akhirnya yakin perpisahan adalah jalan terbaik. Kata Mas, sebelum memfailkan perpisahan, dia turut merujuk kepada pihak lebih arif selain memohon kepada Allah SWT agar diberikan jalan keluar dan penyelesaian.
“Dua tahun saya bertahan sebab sayangkan perkahwinan ini tapi apabila rujuk kepada kadi yang menikahkan kami, ustaz serta mutawif saya layak (mohon untuk berpisah) bukan suka-suka. Saya solat Istikarah setiap malam untuk minta petunjuk malah sepanjang bulan Rejab saya bersujud mohon bantuan dan petunjuk Allah,” katanya. Mas berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul ‘Air Titik ke Batu’ yang berlangsung pada petang Rabu.
Bercakap lanjut mengenai perpisahan, Mas mengakui memfailkan perpisahan di Mahkamah Syariah tanpa pengetahuan Sufian. Bagaimanapun kata Mas, dia tidak pernah cuba menyorok kemunculannya di mahkamah namun yakin Allah membantu melindungi aib mereka daripada tersebar. “Saya tuntut cerai tetapi tidak bercerita kepada orang, Allah bantu saya lindungi aib tentang perpisahan kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mas meberitahu dia kini menemui kebahagiaan selepas berpisah dengan Sufian. Pun begitu, wujud rasa bersalah dalam dirinya kerana perkahwinan mereka sebelum ini bukan sahaja direstui peminat tetapi mendapat pelbagai sokongan dan tajaan. “Saya tak sedih tentang perpisahan cuma ralat dan berada kasihan kepada mereka yang menaja perkahwinan kami.
Saya gembira sangat dan berharap pihak sana pun begitu,” ujarnya. Sementara itu, Mas meminta orang ramai tidak mudah cepat menghukumnya serta menyalahkan dirinya sebagai punca perpisahan mereka. Sebaliknya, dia sedar apa dilakukan dan orang luar tidak berada di tempatnya. Terdahulu, Sufian yang juga Penerbit Eksekutif TV3 mengesahkan sudah berpisah dengan Mas Idayu pada 4 Mac lalu.
Untuk rekod, Mas Idayu dan Sufian berkahwin pada 16 September 2022. Mereka mula saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan semakin akrab sekitar 2021. Sebelum itu, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV, Intan Suraya namun berpisah dan mempunyai seorang anak. Mas Idayu juga pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Aman Graseka pada tahun 1997 namun berpisah pada 2006.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.