Dua akaun tiktok serentak disekat, warganet tampil beri nasihat pada Kieda Crepe

Advertisements
Advertisements

Usahawan Kieda Crepe memaklumkan dua akaun TikTok miliknya telah disekat sejak malam tadi. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra, memuat naik tangkap layar dua akaunnya yang telah disekat oleh pihak platform tersebut. “16 hari lagi nak keluar Big Tour, Allah bagi ujian hebat. Dua akaun serentak kena banned, walhal lagi satu akaun tak buat siaran langsung pun. Semoga ada rezeki dapat balik. Tolong doakan semua.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa akaun tersebut disekat adalah berpunca daripada laporan pengguna TikTok yang kurang senang dengan tindakan Kieda bertemu dengan pelanggannya sebelum ini. Dalam masa yang sama, warganet juga menasihati Kieda supaya mengambil iktibar daripada isu tersebut dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, seorang wanita memberi ulasan jujur dengan mengatakan ‘crepe’ yang dijual Kieda tidak sedap selain harga yang diletakkan tidak berpatutan. Tidak lama kemudian, Kieda berjumpa dengan wanita terbabit dan mendakwa tindakannya telah memberi kesan negatif kepada syarikat. Malah, Kieda telah memulangkan semula wang wanita itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version