Mahu membersihkan namanya, pempengaruh media sosial Aiman Tak Kesah tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang. Menerusi video yang dimuat naik @rancakviral.rv, Aiman yang sedang membuat sesi siaran langsung turut menunjukkan bukti ujian air kencing yang dilakukannya di sebuah klinik bertarikh 16 Mei lalu.
“Untuk saya bersihkan nama baik keluarga saya berada di kampung dan seluruh keluarga besar saya iaitu keluarga arwah ayah dan mak saya, saya nak jujur yang saya tak ambil bahan terlarang.Saya dah buat ‘urine test’, ujian ddh dalam badan saya sewaktu 16 haribulan. Ini ujian yang saya dah buat dengan doktor, di mana ada lima jenis bahan terlarang seperti morfin dan ganja yang menunjukkan saya negatif dan tiada dalam badan saya. Perkara ini adalah untuk membersihkan nama saya,” katanya. Klik sini untuk lihat video.
Pempengaruh berusia 22 tahun itu turut mengakui kurang ilmu agama selain tidak dapat menahan kemarahan punca dia melafazkan talak terhadap isterinya, usahawan sensasi Siti Jamumall. “Ilmu agama dalam diri saya memang kurang dan sepatutnya saya cari ilmu dulu barulah saya buat keputusan yang besar. Saya tak boleh kawal sebenarnya. Tetapi cukuplah, perkara yang berlalu itu cukuplah. Yang penting sekarang ini, saya nak minta maaf sangat dekat korang dan kalau korang nak benci saya sangat pun, bencilah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aiman turut menyifatkan Siti sebagai seorang isteri yang sangat baik serta taat kepada suami. “Siti Jamumall adalah seorang isteri yang taat, keluarga Siti Jamumall adalah antara yang paling terbaik pernah saya jumpa. Siti juga merupakan seorang isteri yang dengar cakap suami. Hebatlah, dia seorang isteri yang sangat pandai berdikari,” ujarnya.
Di akhir perkongsian, Aiman berharap orang ramai dapat mendoakan agar segala urusan isterinya sepanjang proses kehamilan dipermudah. Terdahulu, berlaku pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok. Sebelum ini, Siti mengaku berlakunya perpisahan kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.