Akhirnya dengan sekali lafaz, Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada Akhyar Rashid

Advertisements
Advertisements

Dengan sekali lafaz, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid. Menurut laporan Harian Metro, pasangan merpati dua sejoli itu diijab kabulkan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Boathouse By The Lake Ampang, pagi ini. Difahamkan, Eyka telah menerima mas kahwin sebanyak RM3,200 selain pihak pegantin lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Bertemakan busana nikah serba putih, hari bahagia mereka itu hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan baik kedua-dua belah pihak. Sebelum ini, aktres yang berusia 30 tahun itu enggan untuk berkongsikan tarikh pernikahannya atas sebab tertentu namun, memohon orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan. Sekadar info, Eyka dan Akhyar mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version