Perhubungan di antara Ahli Parlimen Syed Saddiq dan selebriti Bella Astillah dilihat turut mendapat restu daripada keluarga mereka. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, abang kepada Saddiq iaitu pempengaruh, Space Dollah menjawab soalan warganet tentang anak sulung Bella iaitu Ayden Adrean. Space Dollah atau nama lengkapnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman kemudian turut menyifatkan Ayden sebagai seorang kanak-kanak yang pintar. Klik sini untuk lihat video.
“Saya pernah bercakap dengan Ayden. Dia seorang yang bijak dan sangat pandai. What a smart boy. Untung juga Saddiq, dapat bonus dua orang anak terus.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga teruja mendengar kenyataan daripada Space Dollah itu. Dalam masa yang sama, mereka turut gembira apabila keluarga Saddiq dilihat dapat menerima Bella dan anak-anaknya dengan baik.
“Suka cara dia cakap dengan cara yang positif. Nampak sangat keluarga Saddiq tak pandang rendah dekat Bella dan memuliakan ibu tunggal.” “Terima kasih sebab terima Bella menjadi sebahagian daripada keluarga mereka dan bagi restu.” “Sokongan seorang abang terhadap adiknya tak pernah luntur.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.