Tanya Fattah Amin tentang perasaan jadi duda, ramai yang kurang senang dengan soalan Janna Nick

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Janna Nick mendapat perhatian apabila ada warganet meluahkan rasa kurang senang dengan soalan temu bual yang diajukan kepada aktor, Fattah Amin. Menerusi video yang kini tular di media sosial itu merakamkan Janna sedang bertanyakan soalan mengenai bagaimana perasaan seorang lelaki yang mengalami masalah rumah tangga dan kecundang sehingga bergelar duda.

“Lelaki ni bila dah berpisah dia rasa macam mana, dia rasa happy ke, dia rasa terlepas ke beban, dia rasa macam tak payah nak hadap perempuan gila ni dah ke. Contoh, bukan bekas isteri kau, aku cakap situasi lelaki. Korang jangan salah tau. Situasi seorang lelaki yang rumah tangganya kecundang dan bergelar seorang duda, duda ni rasa macam mana?” soalnya.

Bagaimanapun, temu bual itu mendapat respon yang kurang baik daripada warganet. Rata-rata netizen menyatakan rasa kurang senang dengan situasi tersebut selain berpendapat Janna tidak sepatutnya bertanyakan soalan berbentuk sensitif seperti itu kerana dirinya juga sudah berkahwin.

“Apalah soalan macam ni dekat orang. Banyak-banyak soalan, yang ini juga you tanya. Husband you tu handsome idaman ramai. I tengok dekat TikTok tu cair segala orang bila tengok dia dah lah mix blood handsome loving caring. What if one day u aren’t together and someone asked this question?

“Rasa macam tu? Gila tak gila rasa kan. Orang tu dah senyap senyap buat hal sendiri lagi mau panaskan suasana,” luah seorang warganet. Tidak kurang juga ada yang memuji Fattah kerana kelihatan tenang sebaik sahaja soalan itu diajukan kepadanya. “Baik betul FA ni, orang cakap macam tu pasal ex dia, dia masih tak rasa nak marah instead of mengiyakan ke apa. Satu dalam sejuta sungguh lah,” komen seorang netizen lagi.

Sekadar Info, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya. Bagi hak penjagaan anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pelakon Fazura. Manakala, Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version