Perkongsian usahawan dan pempengaruh media sosial Prince atau nama penuhnya Syed Muhammad Shah Hasif mencuri tumpuan ramai apabila beliau dan isterinya, Fatin Syazwani, menginfaqkan sepasang telekung mewah bernilai RM12,000 kepada pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun. Menerusi satu hantaran di TikTok, Prince Syed memaklumkan telekung tersebut yang dihiasi batu permata kristal Swarovski dihadiahkan kepada Pusat Pengajian Perkampungan Hijrah yang diasaskan oleh Ustazah Asma. Klik sini untuk lihat video.
“Kami infaq telekung RM12k kepada Ustazah Asma Harun untuk Perkampungan Hijrah. Alhamdulillah telekung yang bertatahkan batu permata kristal Swarovski ini kami dah serahkan kepada Ustazah,” katanya. Menurut Prince Syed, telekung berwarna putih itu pernah tular hingga ke luar negara kerana keunikan dan kemewahan rekaannya yang eksklusif. Tindakan murni pasangan ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji keikhlasan mereka dalam menyumbang kepada jalan dakwah, tak kurang juga yang terkejut dengan nilai mewah infaq tersebut.
Prince Syed sebelum ini sering berkongsi aktiviti perniagaan, gaya hidup serta kandungan berunsur motivasi dan amal di platform media sosial miliknya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.