Ramai yang luah rasa simpati bila Vivy Yusof dedah menghidap penyakit SLE

Advertisements
Advertisements

Bagi mereka yang masih mengikuti akaun Instagram pempengaruh dan juga pengasas DUCK, Vivy Yusof, korang pasti sedar yang kini Vivy mulai berkongsi penulisan mengenai kisah hidupnya dalam bentuk newsletter atau buletin yang dihantar ke emel kepada mereka yang melanggan. Menerusi salah satu newsletter yang dihantar baru-baru ini, ada di kalangan pengikutnya mendedahkan isi kandungan emel tersebut di Thread yang memaklumkan tahap kesihatan pempengaruh ini.

Dalam emel tersebut, Vivy mendedahkan yang dia mengalami lupus atau systemic lupus erythematosus (SLE) iaitu penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun badan pesakit menyerang sel-sel dan organ tubuhnya sendiri. Menerusi Sincerly Vivy, pempengaruh ini memberitahu bahawa dia agak terkejut dengan berita yang diterima dan perkara ini juga mengingatkannya akan seorang sahabat yang pernah menghidap lupus serta terpaksa menggunakan kerusi roda akibat sakit itu.

Perkongsian itu menerima pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap Vivy kerana menghidapi penyakit itu. Namun ada juga yang mengecam dengan mengatakan netizen tidak sepatutnya berasa simpati dengan pendedahan itu dan mengaitkannya dengan kes SPRM yang dihadapi pempengaruh itu baru-baru ini.

Apa-apapun kita doakanlah kesembuhan Vivy dan tunggu saja lanjutan kes SPRMnya nanti. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version