Tidak lagi berselindung, isteri kepada pelawak terkenal, Shuib menjadi tumpuan warganet apabila muncul di majlis perkahwinan aktres, Eyka Farhana dengan perut yang kelihatan semakin membesar. Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram, Watie kelihatan begitu cantik menggayakan busana rekaan Ikhwan Mohamad. Bagaimanapun, warganet lebih tertumpu kepada bahagian perutnya yang jelas menampakkan bentuk seperti ‘baby bump’. Perubahan bentuk badan Watie itu secara tidak langsung membuatkan warganet berasa gembira dan mengucapkan tahniah.
Tidak cukup dengan itu, komen berbaur usikan yang ditulis Shuib kepada isterinya juga sudah cukup membuatkan warganet mengukuhkan lagi spekulasi warganet. Dalam ruangan komen hantaran itu juga, rata-rata netizen juga turut mendoakan yang baik-baik buat Watie. Namun begitu, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasangan tersebut setakat ini mengenai status kehamilan itu. Watie juga tidak mengesahkan atau menafikan sebarang spekulasi tersebut.
Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Sebelum ini, Shuib mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin, termasuk Ayash Affan yang kini berusia dua tahun. Pasangan ini sering berkongsi detik-detik kebahagiaan mereka di media sosial dan mendapat sokongan yang kuat daripada peminat.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.