Dapat mimpi kehilangan anak antara petanda awal, Watie Hanifiah sahkan keguguran

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mengesahkan mengalami keguguran pada 11 Mei lalu. Menerusi hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menulis sebuah coretan istimewa untuk zuriatnya yang telah pergi menghadap Ilahi. Katanya, dia telah mengalami mimpi sebagai tanda awal akan kehilangan anaknya sebelum perkara itu benar-benar menjadi realiti. Klik sini untuk lihat video.

“Siang malam Mummy berendam airmata fikirkan kamu. Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik saat kamu ada di dalam rahim Mummy. Maaf kerana tak menghargai kehadiran kamu di saat Mummy terlupa begitu senang dan baiknya Allah berikan kamu. Walhal Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran. Setiap masa Mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan. 11 Mei 2025 Mummy dapat berita kamu betul-betul pergi (meninggal dunia) pergi tinggalkan Mummy.”

Menerusi hantaran sama, Watie bagaimanapun reda dan percaya segala yang terjadi mempunyai hikmah. “Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Mummy. Mungkin Mummy masih belum mampu jadi Mummy yang baik dan adil buat kamu, kakak dan abang-abang kamu. Mungkin masih banyak yang perlu Mummy pelajari sebelum kamu lahir ke dunia ini. Mungkin Allah nak Mummy lebih menghargai anak-anak yang ada sebelum adanya kamu.

Mummy reda walau ianya terasa perit untuk Mummy hadapi. Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya untuk beberapa bulan yang indah.” Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada warganet yang tidak putus mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepadanya. “Terima kasih untuk kata-kata semangat dari kalian sekalian. Mummy tak mampu lagi untuk berjumpa dan berbalas. Moga kamu dan ibu pada anak-anak Mummy menunggu kami semua di pintu syurga nanti. Yang pertama yang akan selalu di Ingatan Mummy.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version