Hasrat 47 jemaah warga emas untuk tunaikan haji bertukar jadi mimpi ngeri, tak sangka rupanya dalangnya individu bergelar ustaz

Advertisements
Advertisements

Hasrat 47 jemaah warga emas untuk menunaikan haji bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka menjadi mangsa penipuan pakej haji palsu yang dipercayai didalangi seorang individu bergelar ustaz. Salah seorang mangsa, Syed, 63, berkata dia, isterinya Sharifah, 64, dan seorang ahli keluarga lain mengalami kerugian keseluruhan RM81,000 selepas masing-masing membayar RM27,000 kepada penganjur yang dikenali menerusi kelas agama di Batu Pahat.

Katanya, ustaz pembimbing itu dikenali ramai dan berjaya meyakinkan peserta dengan maklumat lengkap termasuk jadual perjalanan dan dakwaan bahawa jemaah terdahulu tiada masalah memasuki Makkah. “Mereka anjur dua kali kursus haji. Dalam ceramah, tak cerita langsung risiko. Mereka guna nama madrasah, jadi kami yakin. Tapi sebaik sampai di Jeddah, kami dibahagikan kepada kumpulan kecil dan dipaksa meredah semak, bukit, dan kawasan kilang tanpa visa,” katanya, lapor Harian Metro.

Menurutnya, dalam perjalanan ke Makkah, ada jemaah yang menaiki lori, kereta dan bas dengan bantuan penduduk tempatan. Keadaan menjadi lebih cemas apabila kumpulan wanita ditempatkan berasingan tanpa pengiring lelaki, menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan. Setibanya di apartmen di Makkah, jemaah tidak dibenarkan keluar dan ‘terkurung’ selama 21 hari. Mereka tidak dibenarkan membuka tingkap, liputan internet tiada dan makanan dicatu.

“Kalau tahu begini, diberi percuma pun saya tak mahu. Panas mencecah 50 darjah Celsius. Kalau teksi Arab Saudi tak datang, kami terbiar begitu saja,” ujarnya. Adik iparnya, Nurlila, 57, pula berkata mereka kadangkala terpaksa makan dalam gelap, hanya diberi lempeng atau roti untuk sarapan dan nasi telur untuk makan tengah hari. Waktu malam, lampu perlu dipadam awal dan jemaah diarahkan berzikir di dalam bilik.

“Tak boleh buka tingkap. Kalau ada yang tak ikut arahan, ada ‘penjaga’ datang marah. Kita tak tahu siapa mereka,” katanya. Seorang lagi mangsa, Nura, 64, berkata lima hari pertama di Madinah berjalan lancar, namun pergerakan ke Makkah mula menjadi sukar selepas pihak ejen gagal menyediakan visa haji. “Perjalanan masuk ke Makkah dilakukan secara senyap, melalui laluan padang pasir untuk elak kawalan pihak berkuasa. Kami jalan kaki dalam cuaca sangat panas.

“Ada yang pengsan, letih sangat,” katanya yang pertama kali menunaikan haji dan menyangka pakej itu sah. Terdahulu, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 58 dan 59 tahun, termasuk suspek utama yang dipercayai menggunakan kedudukan sebagai ustaz serta pemilik madrasah untuk memperdaya mangsa. Bayaran pula dimasukkan terus ke akaun atas nama institusi tersebut.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version