Penyanyi dan pelakon Amira Othman mengalami tekanan darah rendah dan sakit kepala yang keterlaluan akibat daripada keracunan makanan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman dilihat berkongsi keadaanya yang kini dirawat sebuah hospital. Ujarnya, dia memohon maaf kerana tidak dapat menjawab mana-mana panggilan telefon setakat ini.
“Phone penuh dengan call dan mesej. Ada masa saya tak boleh tengok phone sebab pening yang sangat dasyat mungkin sebab darah hari-hari rendah. Tadi pagi-pagi 67/40. Jadi, saya minta maaf semua kalau saya tak angkat call, sedang berjuang dengan sakit kepala ini. Terima kasih di atas doa yang baik-baik. Semoga kita sihat dan dilindungi selalu.”
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ tersebut sempat berkongsi foto beberapa jambak bunga yang diterimanya dari ‘rakan sekerja’. “Terima kasih Abang Long. Abang Long korang sweet sangat. Lain hari lain bunga katanya.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.