Personaliti media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, meluahkan rasa sebak apabila anak sulungnya, Nabila Razman, bakal bertugas sebagai pramugari bersama syarikat penerbangan antarabangsa, Singapore Airlines. Menurut Kak KM, walaupun bangga dengan kejayaan anaknya, perasaan sebagai seorang ibu tetap sukar untuk menahan kesedihan kerana ini merupakan kali pertama mereka akan berjauhan dalam tempoh yang lama.
“Nabila dapat Singapore Airlines, based dia di Singapura. Tak tahulah aku akan okey atau tidak. Sebelum ni dia dapat masuk UM, sekangkang kera dari rumah pun aku menangis dua minggu. Ini pula dia kena tinggal di luar negara. Aku harap Allah kuatkan hati, sebab aku memang tak biasa berjauhan dengan anak-anak,” katanya menerusi sesi siaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.
Nabila, yang kini berusia 22 tahun, sebelum ini belum pernah berjauhan daripada keluarga kecuali ketika melanjutkan pengajian. Menyedari peluang ini adalah untuk masa depan anaknya, Kak KM tetap merelakan pemergian itu demi kerjaya dan rezeki anaknya. “Untuk masa depan dia, kita relakan. Emak-emak kan, walaupun anak dah besar tetap rasa berat nak lepas. Dia apply dua syarikat – satu Singapore Airlines, satu lagi Qatar. Saya yang temankan dia pergi interview. Akhirnya rezeki dia di Singapura.
Saya dah cakap dengan dia, kalau nak jadi pramugari tak payah apply Malaysia Airlines walaupun tinggal di Malaysia. Kalau betul nak kerja, biar gaji lebih RM20,000, kalau tak lebih baik duduk rumah dengan saya. Lagipun saya bagi elaun dekat anak-anak,” ujarnya. Tambah Kak KM lagi, selepas mendapat tawaran kerja, Nabila bakal memulakan tugasan sebagai kru kabin bermula 22 Jun dan berkemungkinan tidak dapat bercuti pada Hari Raya Aidilfitri akan datang.
“Hilang jiwa tanpa anak-anak walaupun dia pergi cari rezeki. Ini dugaannya. Saya tak tahu kalau nanti anak saya kahwin, rasanya tetap kena duduk dengan saya juga,” katanya berseloroh. Malah, Kak KM sempat berkongsi perancangannya untuk masa depan, termasuk membina rumah 10 bilik agar dapat tinggal bersama anak-anak dan cucu-cucu.
“Mungkin saya buat rumah 10 bilik, duduk dengan cucu semua. Aku dah plan itu semua. Semua benda saya boleh hadap, tapi bab anak memang saya kalah terus,” luah Kak KM penuh emosi. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.