Tular dakwaan bakal berkahwin dalam masa terdekat, sekali ini pula respon dari Amira Othman

Advertisements
Advertisements

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Menurut Amira atau Nadia Amira Othman, 32, dia lebih selesa untuk merahsiakan perkara tersebut buat masa ini dan menyerahkan segala-galanya kepada takdir. “Saya tak berani nak kongsi lebih-lebih tapi doa yang baik-baik kita aminkan. Saya pun tak tahu bagaimana takdir pada masa akan datang, yang baik-baik kita aminkan untuk semua.

Semua berita InsyaAllah yang baik-baik, saya juga berharap anda mendengar berita yang baik-baik. Kita anak seni ini semua ada macam-macam cerita jadi harap semua yang baik-baik untuk anda semua,” katanya. Dalam pada itu, pelantun lagu Hati-Hati itu juga berkata sekiranya hari bahagia itu tiba dia pasti akan berkongsi berita tersebut kepada umum. Bagaimanapun, dia menganggap apa yang diperkatakan sekarang hanyalah satu usikan daripada peminat sahaja.

“Tak adalah (bakal kahwin), kalau dah nak dekat pasti saya akan kongsikan tapi kita dengar macam-macam spekulasi. Hari tu ada yang teka bulan lima tapi saya ada show dekat Johor. Itu semua hanya spekulasi dan usikan daripada peminat,” ujarnya. Amira Othman ditemui Gempak selepas selesai mengacarakan program Meletop bersama Namie pada Selasa.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version