Baru je sahkan dah berpisah, sekali ada individu yang terserempak dengan bekas suami Aprena bersama wanita free hair

Advertisements
Advertisements

Selepas pelakon Aprena Manrose mengesahkan perceraian pada Ahad, timbul pula dakwaan daripada netizen yang mengakui terkejut melihat Mohd Afiq Hazman bersama seorang wanita ‘free hair.’ Menerusi hantaran di Threads, seorang individu mendakwa dia terserempak dengan Afiq bersama dengan seorang wanita di Kuala Lumpur. “Baru jumpa hari tu suami dia dengan perempuan lawa free hair dekat area Wangsa Maju. Terkejut juga sebab mereka berdua sahaja.”

Dalam pada itu, rata-rata warganet turut mendakwa Aprena seakan-akan memberi bayangan tentang rumah tangganya di kapsyen pada hantaran yang dimuat naik di Instagram sebelum ini. “Betullah kapsyen dia tu. ‘Terima kasih untuk rasa yang luar biasa. Semoga bahagia’..mungkin suami dia ada perempuan lain kot, sedih baca. Undur diri tu maknanya memang kena sondol lah tu. Apa maksud hashtag dia? Adakah suami dia ada seseorang? Dia tak nak cerita tapi dia bagi hints. Semoga tabah Aprena.

Baca hashtag dia pun kita boleh faham dah maksudnya.” Terdahulu, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mengesahkan bahawa dia dan suami sudah berpisah. Walau bagaimanapun, Aprena tidak mendedahkan secara terperinci tarikh dan punca mereka berpisah. Untuk rekod, Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version