Christy Ng muat naik video restock pantri mencecah RM40k, ramai yang terkejut tengok siap sediakan barang mandi

Advertisements
Advertisements

Pengasas jenama fesyen popular, Christy Ng sekali lagi menjadi tumpuan selepas mendedahkan perbelanjaan barangan pantri di pejabatnya sekitar RM40,000. Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Christina Ng itu memaparkanya dirinya melakukan pengisian semula (restock) dengan pelbagai jenis makanan di ruangan pantri. Klik sini untuk lihat vidoe.

Antaranya ialah buah-buahan, air bergas, keropok, makanan ringan dan segera, manisan seperti coklat, jelly dan banyak lagi. Tidak hanya makanan, pada pengisian semula di pantri pada kali ini, Christy juga menyediakan barangan mandi seperti sabun badan, hair mist dan barangan yang diperlukan wanita seperti pad. Sementara itu, Christy sempat berseloroh berharap para pekerja tidak akan ‘mengular’ selepas dia melakukan pengisian semula makanan di pantri terbabit.

“Christy dah restock pantry sebab nak make sure staf Christy tak mengular dah.” Video perkongsian selama lima minit itu ternyata menarik minat orang ramai terutamanya mereka yang sudah lama mengimpikan untuk mempunyai majikan sepertinya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version