Bersalinkan 5 orang anak tanpa sebarang jahitan, Datin Shahida kongsikan tips bersalin tanpa jahitan

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida berkongsi tips melahirkan anak tanpa sebarang jahitan kepada para wanita di luar sana mengikut pengalamannya. Menerusi perkongsian di TikTok, isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata dia mengamalkan minyak kelapa dara selepas kandungannya mencecah 34 minggu. Tidak hanya minum, Shahida turut berkata minyak kelapa dara itu perlu disapu pada bahagian perut supaya ia memberi kesan yang lebih baik. Klik sini untuk lihat video.

“Kalau tips bersalin tanpa koyakan, kena minum minyak kelapa dara. Minum dan sapu. Masa saya mengandung dan kandungan memasuki 34 minggu, saya minum satu sudu pagi dan malam minyak kelapa dara. Kalau sapu, kena buat masa awal kandungan. Saya sapu dekat perut dan kawasan yang baby akan keluar. Bila saya amalkan dengan izin Allah, kelima anak-anak saya iaitu Khadijah, Baim, Yusuf, Raudhah dan Lukman lahir tanpa sebarang jahitan.

Tiada koyakan dan tiada jahitan yang diperlukan cuma pedih sebab bekas luka sahaja.” Mengulas lebih lanjut, Shahida berkata selepas bersalin dia masih mempunyai tenaga yang banyak dan cergas sepanjang masa. “Saya suka beranak tetapi tidak sanggup mengandung dan berpantang. Kalau berpantang saya rasa macam busuk sangat. Beranak memang sakit tetapi ia merupakan satu kenikmatan. Saya tidak akan ada perasaan serik untuk bersalin. Nikmat sakit bersalin itu bila baby keluar rasa lega sangat.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version