Lebih 7 bulan Eda Ezrin ditahan, bapa luah rasa risau bila mengenangkan anak makin kurus dan merintih nak balik

Advertisements
Advertisements

Bapa Eda Ezrin iaitu Wan Ismail Wan Yusuf, 52, meluahkan rasa gusar apabila mengenangkan perubahan fizikal anak perempuannya yang masih berada di penjara Wilayah Narathiwat. Menurut laporan Berita Harian, Wan Ismail berkata Eda kini semakin kurus selain merintih bila waktu sebenar dia akan dibebaskan sepenuhnya selepas lebih tujuh bulan berada di penjara tersebut. “Eda Ezrin sering merintih dan bertanyakan kami bila dia akan dibebaskan, badannya juga kini semakin kurus selepas lebih tujuh bulan berada di Penjara Wilayah Narathiwat.

Sedih, terkilan, reda…macam-macam dalam fikiran saya bila mengetahui penahanan Eda Ezrin sekali lagi dilanjutkan hingga bulan depan. Malah, selepas bulan depan kami juga tidak tahu apa nasib Eda Ezrin kerana dimaklumkan kes itu boleh dirujuk ke Mahkamah Agung pula. Saya sendiri keliru sedangkan keputusan Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac lalu mendapati anak saya serta yang lain tidak bersalah.

Walaupun sedih, saya terpaksa reda dan akur dengan segala keputusan memandangkan undang-undang di negara sana (Thailand), tidak sama dengan negara kita,” katanya. Tambah Wan Ismail lagi, dia tidak sanggup untuk berjumpa dengan Eda namun, bekas isterinya akan memberi perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa.

“Sedih apabila mendengar cerita daripada ibu Eda Ezrin. Bekas isteri juga memaklumkan badan Eda semakin susut, mungkin kerana sudah lebih tujuh bulan di penjara dan sering memikirkan nasib yang menimpa dirinya selain merindukan keluarga. Saya sendiri tidak sanggup untuk bertemu anak saya di penjara kerana terlalu sedih memikirkan apa yang berlaku. Disebabkan itu hanya bekas isteri yang berjumpa setiap minggu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada saya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Eda Ezrin, suami dan empat rakan perlu dilanjutkan penahanannya sehingga 6 Julai depan. Pada 6 Mac lalu, Mahkamah membebaskan Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil methamphetamine untuk tujuan jualan selepas perbicaraan selama tiga hari pada 11, 13 dan 14 Februari. Bagaimanapun, kesemua mereka masih ditahan di penjara selepas mahkamah membenarkan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version