Akui timbul perasaan sunyi dalam diri, Farid Kamil masih belum terbuka hati untuk wanita lain

Advertisements
Advertisements

PELAKON Farid Kamil memberitahu dia masih belum bersedia membuka ruang kepada wanita lain untuk mengenalinya dengan lebih rapat.  Mengakui timbul perasan sunyi dalam diri, Farid atau Farid Kamil Zahari, 44, berkata buat masa ini dia lebih memilih untuk tidak fokus mencari jodoh sebaliknya mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT. “Buat masa sekarang ni hati saya milik tuhan jadi apa saja gerakan atau isi hati tu semuanya memang saya serahkan kepada Allah.

Tetapi saya memang tak henti berdoa untuk Allah kurniakan kebahagiaan, kasih sayang dan masa depan lebih baik jadi doa tu yang mungkin boleh jadi kekuatan hati saya. Baru empat bulan melalui fasa perpisahan tipu kalau kata tak rasa sunyi tapi bagi saya itulah adalah waktu tepat untuk mendekati tuhan dan mungkin juga bercinta dengan tuhan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farid telah bekerjasama dengan GGR Motor menerusi program EV Rider Malaysia 2025 yang kini fokusnya ke arah motorsikal elektrik (EV), selain itu juga terdapat beberapa artis terlibat iaitu Cat Farish, Nabil Ahmad dan Ajak Shiro. 

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version