Hadir majlis resepsi penyanyi Indonesia, ramai yang puji bila tengok Fazura pakai busana kuning

Advertisements
Advertisements

Kehadiran pelakon Fazura di majlis resepsi penyanyi Indonesia, Al Ghazali dan isteri Alysaa Daguise telah menyorot perhatian warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Fazura ditemani pengurusnya, Iman Tang ke majlis tersebut yang berlangsung di Indonesia. Pada majlis yang sama, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin dilihat turut menyapa penyanyi, Melly Goeslaw. Klik sini untuk lihat video.

Aktres berusia 41 tahun tersebut kemudian bertemu dan bersalaman dengan pasangan mempelai serta ibu bapa mereka iaitu pemuzik terkenal, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkesima dengan kejelitaan yang dimiliki pelakon filem J Revolusi itu. Menurut warganet, keanggunan Fazura lebih terserlah kerana kebaya labuh berona kuning yang digayakannya itu menaikkan seri.

“Cantiknya Fazura macam puteri raja, menyerlah pakai baju warna macam ini.” “Tak boleh dinafikan kecantikan dia, pakailah baju warna apa sekali pun, bersolek atau tidak tetap paling cantik.” “Susah artis lain nak lawan, vibes dia berkelas..memang lain.” “Fazura aura dia lain macam, tak ada yang boleh ditandingi dan tak jemu mata memandang.” “Fazura tak perlukan mana-mana lelaki, namanya boleh naik dengan cara sendiri. Harga dirinya terlalu mahal.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version