PELAKON Amar Baharin meluahkan rasa syukur selepas tanggungjawab mengagihkan wang infak yang dikirimkan sepanjang misi kayuhan ke Tanah Haram sebelum ini sudah diselesaikan. Amar atau Amar Mohd Baharin, 40, menyalurkan wang berkenaan melalui sebuah restoran dengan mengagihkan makanan kepada jemaah di Masjid Nabawi di Madinah. “Alhamdulillah semua duit infak telah saya infakkan menerusi Restoran@paktam.madinah untuk diagihkan kepada jemaah di Masjid Nabawi.
Duit infak itu ada diberi sebelum mula perjalanan, di tengah perjalanan dan sesudah sampai di Tanah Haram Madinah,” katanya. Amar berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Amar menzahirkan penghargaan buat pemberi infak yang bermurah hati berkongsi rezeki. Malah Amar mendoakan sumbangan yang diberikan menjadi ladang pahala buat mereka yang bersedekah. Klik sini untuk lihat video.
“Semoga menjadi ladang pahala buat semua yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat bertanggungjawab Amar serta rakan misi kayuhannya iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin dalam menyampaikan dana infak.
Misi kayuhan duo berkenaan tamat selepas mereka selamat tiba di Masjid Nabawi pada 29 Mei lalu. Amar dan Muqharabbin memulakan misi kayuhan itu dari Perlis sejak 27 April lalu. Mereka dijangka pulang ke tanah air pada Jumaat ini. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.