Puluhan jemaah umrah terpaksa redha bila penerbangan ke Jeddah dibatalkan saat akhir sebab beberapa negara arab menutup ruang udara

Advertisements
Advertisements

Puluhan jemaah umrah di sini terpaksa reda apabila penerbangan ke Jeddah dibatalkan pada saat akhir susulan beberapa negara Arab menutup ruang udara mereka. Pembatalan penerbangan itu dipercayai berpunca daripada tindakan beberapa negara Teluk menutup ruang udara mereka sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga susulan serangan Iran ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar.

Menurut laporan Harian Metro, sekurang-kurangnya 61 jemaah terkandas lebih empat jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Salah seorang jemaah, Fauziah Md Sohid, 49, dari Gombak berkata, mereka hanya mengetahui tentang pembatalan penerbangan itu kira-kira 7 pagi tadi ketika sedang beratur untuk mendaftar masuk bagasi.

“Masa itu kami sudah sampai KLIA, tengah beratur nak ‘check in’ bagasi, baru dapat tahu ada surat daripada Qatar Airways maklumkan penerbangan dibatalkan. Seramai 23 jemaah termasuk saya, suami dan anak sepatutnya berlepas jam 9.30 pagi tadi, namun sekarang terkandas.” Walaupun kecewa kerana tidak dapat pergi mengikut jadual asal, namun beliau reda kerana pasti ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku.

Menurutnya, pihak agensi pelancongan kini sedang menguruskan penginapan sementara di sebuah hotel berhampiran sementara menunggu maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan dalam tempoh 24 jam. Sementara itu, suaminya, Sahrudin Zakaria, 49, berkata, mereka dimaklumkan mengenai serangan Iran ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Qatar pada sebelah pagi, namun tidak menyangka ia akan memberi kesan langsung kepada penerbangan mereka.

Jelasnya, dia berharap pihak syarikat penerbangan dan agensi pelancongan ada rasa tanggungjawab mengenai isu ini. “Mereka beritahu sedang cuba berunding dengan syarikat penerbangan lain kalau boleh dapat penerbangan terus ke Makkah. Buat masa ini, kami akan berehat di hotel dulu,” katanya sambil menambah segala urusan tempahan semula hotel di Makkah akan diuruskan oleh pihak agensi.

Menurut laporan, beberapa syarikat penerbangan utama dunia dilaporkan menggantung sementara atau mengurangkan operasi penerbangan masing-masing ke Timur Tengah berikutan konflik yang memuncak antara Iran dan Israel. Gelombang penutupan ruang udara berlaku selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Udeid milik tentera AS di Qatar pada Isnin.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version