Lebih 200 individu hadir ke pusat derma darah di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk menderma darah bagi membantu pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terselamat daripada nahas bas di Gerik, Perak. Menerusi perkongsian @perakpress di aplikasi Threads, dapat dilihat ruangan pusat menderma darah itu dipenuhi dengan orang awam yang mahu mendermakan darah mereka bagi memudahkan semua urusan mangsa terlibat.
“Alhamdulilah, terima kasih kepada semua yang menderma darah di Pusat derma darah HRPB Ipoh, hari ini (Selasa) demi membantu pesakit-pesakit yang terlibat dalam kemalangan bas UPSI serta mereka yang memerlukan. Jumlah penderma kini telah melebihi 200 orang.”
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa terharu dengan sikap keprihatinan rakyat Malaysia yang saling membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka juga menitipkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sanggup mendermakan darah mereka bagi menyelamatkan nyawa mangsa yang terlibat.
Pagi Isnin, negara dikejutkan dengan kejadian membabitkan sebuah bas membawa 42 mahasiswa UPSI yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak. Nahas tragis yang turut membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik itu telah meragut 15 nyawa penuntut universiti tersebut.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.