Sedang mengenali hati budi, Puteri Sarah Liyana akui Andi ada ketika dia sedih

Advertisements
Advertisements

JIKA sebelum ini, pelakon Puteri Sarah hanya menganggap aktor dan usahawan Indonesia iaitu Andi Arsyil sekadar kawan dan rakan bisnes namun kini sebaliknya. Tanpa berselindung, Puteri Sarah, 40, mengaku hubungan tersebut memasuki episod baharu apabila dia sedang mengenali hati budi Andi. Bagaimanapun kata Sarah, hubungan terjalin ketika ini lebih tertumpu kepada kerjasama perniagaan yang sedang mereka usahakan bersama.

“Saya selesa untuk katakan kini kami dalam fasa saling mengenali. Dia faham dan menerima saya seadanya. Dia jugalah mentor saya dalam perniagaan, termasuk dalam hidup saya ketika saya sedih. Namun buat masa ini, fokus utama kami adalah terhadap projek perniagaan yang sedang dijalankan bersama. Rasanya tidak perlu terlalu terbuka mengenai hal peribadi kerana apa yang lebih penting adalah perjalanan kerjasama yang kami bina dan saya juga belajar dari kesilapan lalu ,” katanya.

Puteri Sarah juga berterima kasih atas doa dan sokongan ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya selepas melalui episod rumah tangga yang cukup mencabar sebelum ini. “Saya percaya, jika sesuatu hubungan itu diasaskan dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan, ia pasti akan membuahkan sesuatu yang positif. Apa pun, biarlah semuanya berlaku secara semula jadi. Doakan yang terbaik dan buat masa ini, saya lebih selesa memberi ruang untuk diri sendiri membina fasa baharu dengan lebih tenang,” ujarnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah tersohor Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun jodoh mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila sah berpisah talak satu pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,8 dan Sumayyah,7 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version