Selepas hampir 6 tahun penantian, akhirnya Beby Tora kongsi berita gembira bakal timang zuriat

Advertisements
Advertisements

Selepas hampir enam tahun menanti zuriat, pempegaruh media sosial, Beby Tora akhirnya berkongsi berita gembira apabila kini disahkan hamil. Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama penuh Atierah Zulfatie Zulkiffli membuat kejutan kepada suaminya, Apit, dengan menghadiahkan kit ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif. Klik sini untuk lihat video.

Atierah yang mengalirkan air mata gembira turut meluahkan rasa syukur atas rezeki yang di Allah SWT. “Terima kasih Ya Allah atas pinjaman-Mu ini. Penantian hampir enam tahun, selama ini tak pernah merasa double line sampai hati ni dah redha. Setelah setahun ikhtiar untuk diet, akhirnya Allah makbulkan rezeki yang tak disangka-sangka. Hadiah paling bermakna pada tahun ini.”

Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan usia kandungan cahaya mata pertama mereka. Dalam hantaran itu juga, Tora turut mendoakan agar pasangan lain yang masih menanti zuriat akan dikurniakan rezeki kehamilan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version