Beri bayangan rumahtangga kini bergolak, ramai yang tertanya tanya dengan luahan isteri Faisal Halim

Advertisements
Advertisements

Baru sahaja reda membabitkan isu kemelut rumah tangga, Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril sekali lagi menjadi perhatian publik apabila memberi bayangan rumah tangganya kini bergolak kembali. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syazwani meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap soal perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh.

“Perkahwinan bukan satu perjudian,” tulis Syazwani. Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan bahawa kehadiran dirinya tidak pernah dihargai namun enggan menerangkan secara terperinci identiti sebenar pihak yang dimaksudkan. “Nak main game? Jom main. Patut lah layan aku macam sampah,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi ‘quote’ berkenaan balasan tuhan terhadap kekejaman dan penipuan yang dilakukan terhadap orang lain menimbulkan rasi tanda tanya dalam kalangan peminat. Terdahulu Syazwani memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pada awal September 2025  tetapi pasangan itu kemudiannya memutuskan untuk tidak meneruskan perceraian dan mahu menyelamatkan perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil perkongsian hidup itu bersama, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Khalish. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version