Keputusan untuk tak perbaharui kontrak dibuat secara baik, El Azman nafikan dakwaan kononnya bergduh dengan Sharnaaz Ahmad

Advertisements
Advertisements

USAHAWAN El Azman menafikan dakwaan kononnya dia bergaduh atau bermasam muka dengan Sharnaaz Ahmad susulan penglibatan semula pelakon itu sebagai duta untuk sebuah jenama fesyen. El Azman yang juga pengasas jenama baju Melayu, Elrah berkata keputusan untuk tidak memperbaharui kerjasama dibuat secara profesional dan bukan disebabkan sebarang konflik peribadi. “Kami tidak bergaduh. Keputusan untuk tidak perbaharui kontrak Sharnaaz dibuat secara baik.

“Cuma hala tuju jenama kami untuk tahun ini berbeza. Tahun ini, duta kami lebih tertumpu kepada atlet sukan kombat dan bola sepak. Namun, kami masih mengekalkan Beto Kusyairy sebagai duta lama yang mewakili selebriti serta pengumuman istimewa yang akan dibuat dalam waktu terdekat,” katanya. Menurut El Azman, Sharnaaz telah menjadi sebahagian daripada keluarga jenama itu selama kira-kira dua tahun dan sumbangannya sepanjang tempoh berkenaan amat dihargai.

“Kerjasama selama dua tahun itu sangat positif. Namun untuk tahun ini, ‘look’ dan konsep jenama berubah. Harapnya tidak timbul sebarang salah faham atau spekulasi tidak betul antara kami” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version